taopix@wordpress

Entries tagged as ‘melayu’

soalan dari orang jepun pasal malaysia

June 18, 2009 · Leave a Comment

tak ramai orang jepun yang tahu pasal malaysia.

tapi yang masih bagus nya ialah mereka ni ada sifat suka bertanya.

aku pula tidak penah jemu untuk menjawab soalan2 mereka, sedaya pengetahuan aku yang cetek ini.

tak kira la walau betapa bangang, jahil, bodoh, arrogant ignorant etc… pun isi soalan2 tersebut.

kerana dalam banyak2 soalan2 ringan yang ditanya, pasti muncul beberapa soalan yang memaksa aku untuk berfikir dengan lebih teliti agar tidak memberi jawapan salah yang boleh memberikan imej songsang dan tidak tepat terhadap malaysia.

contohnya soalan2 yang menyentuh isu2 perkauman, hak asasi manusia, kesamarataan dalam polisi kerajaan dan lain2.

aku sedar dan faham bahawa isu2 seperti yang disebut diatas cukup berat sekali, lebih2 lagi untuk negara seperti malaysia yang dihuni oleh manusia pelbagai kaum dan etnik, pelbagai kepercayaan agama dan budaya.

contoh soalan: macama mana la orang cina, orang india dll, bole wujud semangat nasionalisma dan patriotisma jika masih wujud polisi kerajaan yang terang2 mengutamakan sesetengah kaum sahaja?

ada juga soalan2 yang memaksa aku menghakis segala bentuk persepsi, stigma dan prejudis yang berlapik-lapik menghuni lapisan otak ku, hasil daripada pengaruh agama dan budaya ku selama ini. proses ‘pembersihan’ ini amat penting jika aku benar2 mahu menjawab soalan2 tersebut dengan jujur, ikhlas dan lebih penting, sedekat mungkin dengan kebenaran.

contoh soalan: kenapa undang2 malaysia tidak membenarkan seorang melayu muslim daripada menukar agamanya @ memilih untuk tidak terlibat dengan mana2 agama sekali pun? kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam islam hanyalah kata2 manis sahaja?

entah la pak ali, asalkan ko tak pening2 lalat duk pikir benda2 susah. kena ingat, bila tak tahu jawapannya, kena cakap tak tahu. tak boleh memandai-mandai!

namun aku tetap mahu cuba jawab apa sahaja soalan yang aku rasa aku mampu analisis dan beri jawapannya se’un-bias’ yang mungkin.

kerana proses pemikiran yang perlu aku lalui untuk menghasilkan jawapan tersebut, banyak mengajar aku tentang malaysia yang tidak pernah aku tahu @ ambil peduli selama ini.

memang betul kata cikgu sekolah aku dulu, mengajar orang nih akan menambah ilmu kita sendiri.

korang pula bagaimana? sanggup jawab soalan2 seperti diatas?

Categories: My Story
Tagged: , , ,

blog student engineering jepun

January 20, 2009 · 2 Comments

sesetengah student kat mesia yg google pasal blog student engineering malaysia yg tengah study kat jepun, akan sampai ke blog aku nih, dan sesetengah daripada student itu pernah mail kat aku supaya bercerita sikit pengalaman aku sebagai student engineering di jepun.

kebanyakan daripada mereka nih merupakan student2 yg baru masuk pusat persediaan di malaysia untuk melanjutkan pelajaran di kolej2 atau pon universiti jepun nanti, so bole dikatakan mereka nih junior2 aku la.

so sebagai senpai (senior) yg prihatin lagi baik hati, aku cuba nak jawab salah satu soalan yg agak popular dikalangan mereka:

//susah tak belajar engineering dalam bahasa jepun nih?//

jawapan pendek yg aku boleh bagi: mana ada benda senang dalam dunia ni beb!

aku ambik course mechanical engineering (機械工学 kot b jepun), so aku hanya bole bagi pendapat pasal course ni aje lah.

walaupon aku cakap belaja mechanical engineering kat jepun nih tak senang, aku tak rasa yg course nih susah gila pon. seriously aku rasa belajar mechanical engineering kat mesia lagi susah.

nak tau kenapa?

sebab course mechanical engineering kat mesia lagi banyak assignment, lagi banyak report experiment kena buat, pastu tak kira quiz lagi, lecturer yg haram jadah ntah paper, sibuk nak kerja part-time la… macam2 lagi.

course mechanical engineering kat jepun plak amatlah simple. assignment takde la banyak pon, experiment pon takde la susah2, quiz takde org buat, lecturer plak, kalo korang reti bodek, memang senang2 aje dia nak bagi lepas satu2 subject tuh.

memang la belajar engineering kot bahasa jepun ni susah, tapi bila ko dah diletakkan dalam satu tempat dimana bahasa itu la yg akan menyelamatkan ko, lama kelamaan akan jadi biasa la.

toksah risau sangat pasal bahasa, asal korang kuat berusaha, mesti ramai orang jepun yg akan tolong; tapi of course la kena buat kawan ngan org jepun dulu kan?

so pesanan aku kepada kohai2 (junior) di mesia, korang jgn risau sangat pasal bahasa. lama2 tu biasa la. yang paling penting nak survive sebagai student engineering kat jepun ni adalah semangat ganbaru – berusaha.

perkataan ganbaru itu sendiri memang dah jadi perkataan kegemaran org jepun. so untuk survive dalam enviroment jepun, korang pon kena banyak tiru gaya jepun.

kena gigih sket buat kerja, jgn sloppy, kalo bole buat kerja cepat2 tapi elakkan kesilapan…. benda2 mcam tu la. lagi penting adalah menepati masa. ni memang kena jaga gila kalo nak duk dalam komuniti kat sini.

eh… aku rasa mcam aku tercakap lebih2 plak… sebenarnya ada aje student mesia yg lambat, tak tepati masa, malas pastu asyik buat kesilapan aje, tapi bole survive gak duk kat jepun nih… aku la tu hahahaha.

anyways, walau macam mana pon, study pening2 kat sini, usaha kuat2 pon, salah satu element yg aku rasa memang penting gila untuk student kat jepun ialah tidak lain tidak bukan:

ENJOY !!!

seriously, duit dapat tak kan nak simpan kot? kena la enjoy untuk hilangkan stress sehari2. baru la bole perform sket dlm menghadapi ujian2 seterusnya!

sebagai penamat, sebagai student engineering jepun, aku rasa amat bertuah dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran kat sini. dulu time interview jpa, aku letak US sebagai first choice, UK sebagai second choice pastu Japan sebagai third choice; tapi aku sungguh berterima kasih kepada kegeniusan pegawai2 JPA yg bagi aku punya third choice, sebab aku rasa kalo aku pegi UK ke US ke untuk belajar engineering, aku tak rasa experience nya serupa mcam kat Jepun.

sebab jepun nih negara pelik.

*tapi sebenarnya, aku dapat Jepun sebab result SPM aku tak hebat mana. time tu, hanya top scorer aje yg diaorg bagi gi US ngan UK. yg result hampes mcam aku nih dia bagi pegi Jepun aje, negara yg tak ramai student engineering nak pegi. sebab nya? of course la sebab kat Jepun nih diaorg tak pakai ENGLISH.

*aku dulu ambik diploma dulu baru buat degree, dan aku rasa proses mcam ni lagi menarik sebab dapat rasa practical (diploma) ngan theory (degree) dalam engineering. so kira pendedahan tu lagi luas la sket, walaupon ambik masa yg lebih lama berbanding mereka yg buat degree from the start.

haa itu la sedikit cerita pasal being an engineering student kat jepun nih. tapi tu lah, mungkin korang rasa susah nak belajar engineering kat jepun, tapi aku dengar student engineering kat jerman lagi la susah. mengikut cerita memba aku yg belajar kat sana, memang jarang benar nak jumpa student malaysia yg tak perlu ulang setahun dua.

so bersyukur la ngan apa yg ada.

yg penting usaha gigih dan ikhlas. the rest tu kita serahkan pada yg Esa.

pastu gi karaoke jangan lupa ;)

Categories: My Story · Uncategorized
Tagged: , , , ,

msaj career-fair 2008 (T_T)

June 6, 2008 · 4 Comments

I meant to post this earlier but laziness and lack of idea to write has resulted in this delay. Whatever. So a couple of weeks ago I went to the jobfair that msaj conducted in Tokyo, and surprisingly, I thought it was well worth the long trip to get there; although it almost drained all of my energy and animalistic sexual desires. Just right after returning home, I booted up my PC and watched a video of yoshizawa akiho in a Japanese subway train on youtube, and I felt nothing. Proof that I’m very tired.

The 6 of us (zarul, bentong, sherrrrr, shazi, tipah and me) started our long journey at 1200 hours in a rented mazda premacy; the car was not small, but I would prefer it to be bigger though. I can’t feel my ass after sitting in there for hours and hours.

Uish, tulis dalam bahasa melayu pon ok gak nih!

Sampai kat Tokyo, terus cari tempat bermalam. Pusing punya pusing, last2 jumpa satu capsule hotel kat asakusa, dekat aje ngan tempat jobfair tu dianjurkan. What’s a capsule hotel, you might ask? Wikipedia it!

Capsule hotel kat Asakusa tuh lebih kurang mcam capsule hotel kat Osaka yg aku penah stay dulu. Cuma kat sini, ada 露天風呂(rotenburo – outdoor hot spring bath). Lokasi plak kat tingkat atas sekali pulak tuh! So sambil mandi hot spring bogel ramai2 ngan customer2 lain, aku bole sempat menikmati keindahan malam asakusa dari tempat tinggi. Mintak2 la takde org ambik gamba daripada jalan raya kat bawah. Feels good to be bare-ass naked, on top of a tall building, overseeing a culturally-rich Japanese town like Asakusa.

Badan pon jadi panas lepas mandi, terus pegi nak tido. Hmm… capsule hotel nih memang la kecik, tapi ok la kalo setakat nak buat tido. Tapi sebab capsule2 nih dia letak padat + rapat2, memang susah gak la nak tido kalo tak tahan bunyi. Mcam situation aku, pakcik sebelah depan capsule aku dengkur kuat gila, pastu siap mengigau apa ntah. Org sebelah aku ni plak tengah layan Japanese AV (brapa yen ntah sejam, lupa) dengar sampai capsule aku. Kalo skill meneka aku hebat, kalo tak silap aku, dia mesti tengah layan Aoi Sora punya video; kali ni dia jadi nurse rajin yg ingin berbakti untuk keselesaan pesakit2 di bawah jagaan nya. I mean, no one mourns like Aoi Sora! That’s why I know! Hmmm….. Tapi sedar tak sedar, aku tertido gak. Bunyi alarm handphone membuka mata di awal pagi.

Bukak mata, rasa malas gila nak mandi. Lagipon sebelum tido semalam dah mandi dah. So aku ambik keputusan untuk sembur deodorant aje. 5 saat. Lebih daripada itu, ketiak bole beku! Pastu pegi siap2 pakai suit sumer. It’s time to go job hunting!

Sampai2 kat lokasi, dapat jumpa ngan memba2 lama. Memba2 time kat skolah bahasa dulu. Gilak ah dah lama gila tak jumpa. 懐かしい。。。 tapi yg paling aku terkejut ialah perubahan mendadak si razmi. Weh slim gila ko skang! Pastu, mentang2 dah slim, sedap2 aje kutuk aku dah jadi bulat ek? Takpe. Nanti aku ganbaru diet! Karu plak stay boroi. Yanti plak… 綺麗になったな!Good to see you guys!

Anyways, masuk2 aje dewan jobfair tuh, kepala pening sekejap. Ada banyak gila booth with too many people. Tak tau aku nak cuba company apa. Pusing punya pusing punya pusing, aku ambik giliran kat perodua. Ramai gila org yg mintak perodua nih. Tunggu lama gila nak sampai giliran aku. Perodua punya interview ni pelik gak. Ada 3 org interviewer. Kebanyakan org kena dalam english, tapi time aku duduk kat situ, aku bole dengar gak kenkadang diaorg cakap melayu. Ada jugak yg kena cakap bahasa jepun. woot berdebar2 gak la. Mana tau time aku, dia suruh cakap melayu, english, japanese selang seli? Woo pening!

tunggu punya tunggu, last2 masuk lunch time! So diaorg suruh org yg tunggu belakang aku pegi makan dulu, tinggal aku ngan paklan aje last. Fuuh. Pastu kena panggil. Hmm… nasib baik interviewer aku nih cool aje. Takde nak pressure2 sangat. Soalan nya bukan nya soalan2 yg berbentuk akademik ke apa ke. Dia cuma tanya kenapa nak masuk perodua, nak kerja bahagian mana (aku cakap quality control ataupon production), pasal life kat jepun etc. It was a pretty controlled and relaxed mood. He asked me a short question, so I gave him a long, detailed answer. At the end of the interview, the interviewer asked me : “So kamu nih memang betul2 berminat la ngan perodua nih? Kita tengok la macam mana ye…”

The interview lasted about 30 minutes when everybody took about 20. I talk too much. Anyways, perut dah berkeroncong so cepat2 aku minta diri pastu pegi ke kaunter ambik makanan. Beratur sekejap pastu sampai la giliran aku. Aku tengok org depan2 aku sumer dapat bento tempura. Oh sedap nya. Tapi sampai2 giliran aku, diaorg cakap bento dah habis, sedangkan aku bole nampak banyak lagi bento tempura yg sama, dalam kotak yg diaorg letak belakang counter tuh. Hmm… pelik gak, asal diaorg stop bagi bento nih?

Mula2 org kat counter tu cakap ada masalah sket. Masalah apa pulak, bagi aje la kan? So tanya punya tanya, baru la aku tau masalah nya. Rupa2 nya bento tempura yg diaorg edarkan selama tuh, ada masuk bahan2 yg diperbuat daripada BABI. Muhahaha nasib baik aku tak makan, tapi nasib malang la kepada yg dah makan. Harap2 diaorg mulakan makan ngan bismillah dan habiskan makan ngan alhamdulillah. Burp.

Aha lupa nak cakap. aku sebenarnya dah janji ngan org msaj untuk rahsiakan perkara nih, tapi aku janji untuk tak cakap kot mulut aje. Aku tak janji yg aku takkan tulis dalam blog nih hehehe so I don’t break any promises ok?

Tapi kenapa la msaj bole buat kesilapan besar mcam ni? Sebenarnya msaj dah buat siap2 bento (yg confirm halal) sendiri untuk diedarkan. Tapi silap budget, org yg datang lagi ramai drpd bento yg disediakan. Attendance was unexpectedly high. So dia org menggelabah la nak pegi beli bento tambahan, dan time diaorg pegi beli tu la yg diaorg lalai nak check, ada BABI ke tak. Memang tak patut… so aku minum air C.C. Lemon aje nak alas perut. Pastu pow roti drpd Arip. ありがとう!マジ助かった!

Lepas waktu rehat, aku pegi cuba Konica-Minolta plak. Mula2 kena ambik IQ test. Aduih leceh tul la IQ test. Pastu dlm jam 1430, kena pegi interview. Masuk2 bilik, ada 2 org interviewer tgh interview seorg gadis melayu. Haha. And at the waiting seat, there’s another girl sitting with her face down. She looked pretty nervous. She kept rubbing her hands, left and right.

If I were in a vacation right now, I’d sure think of something to help this girl with her nervousness, talk to her, make a dumb joke to make her smile. Unfortunately, I’m having my job interview so I walk silently to sit next to her, thinking and creating stories that I could use during the interview.

Sambil tunggu giliran kena panggil tu, aku fikir la mcam2 jenis idea dan cerita yg bole dipakai time interview nanti. Kenapa aku tertarik ngan camera. Pengetahuan aku pasal teknologi camera. Pasal Konica-Minolta punya introduction to internal lens into the camera world. Macam2 la. Buah fikiran.

Tapi time aku tengah reka2 idea2 nih, aku terdengar interviewer tu cakap kat girl yg tgh kena interview tu: No, you have been mistaken. We don’t make cameras; we make HARD-DISKs!

EEE!!! Company ni buat hard disk ke?! Terus aku menoleh kat girl sebelah aku; tanya dia. She answered with a nervous smile saying yes. Alamak! Idea pasal camera tak bole pakai la kalo mcam nih! Kena fikir idea baru pasal HARD-DISK plak! Dan time tu jugak la dia panggil aku ke depan. Interview bermula.

Interviewer ada dua orang. One Chinese-Malaysian lady on the left and a Japanese men, probably in his 50’s on the right. The lady interviewer looked very bored and tired; then as soon as I took the seat, she looked at me with her sleepy eyes and asked: What is your weakness?

At first, I was thinking about jokingly telling her that my weakness is that I don’t know what my weaknesses is; so that she could wake up and actually hear what I want was saying. Thank God, my reasonings hit my head with a red brick, telling me to be serious; this is not a time to tell your stupid jokes!

As I was answering all these questions, I could see that both of the interviewers are already tired and worned out. Only the lady interviewer is doing the questioning though, the Japanese interviewer just listens. I have to do something to grab their intention and try to be different. Then she asked me if I have a question.

So I asked them: I believe that the era of the traditional hard disks with a spinning physical component is almost over. I believe that the future of digital storage lies in the development of flash based memory or other types of media. Like IBM, they just abandoned their hard disk development to focus on next-generation flash memory technology. So how does Konica-Minolta deal with this change to stay alive in the market? (Well, that is not EXACTLY what I asked, of course, but the meanings are the same, it’s just shorter as I don’t remember it word by word!)

Aku tanya dia, Konica=Minolta ni bole hidup lama ke dengan teknologi hard disk yg ketinggalan nih? Aduih, mulut aku ni memang patut kena cili. Kenapa la bole ter’kutuk’ company tu masa interview plak. Siot tul.

The lady interviewer looked at me like she didn’t understand what I was asking. The Japanese interviewer took a long hmmmmmmm and then started to open his mouth, explaining to me (in Japanese) that the future of hard disks is here to stay, and it’s far superior to any flash memory technology out there.

Adoih, kenapa la aku bole ter’kutuk’ company ni plak. Mulut aku ni memang la, banyak cakap sangat. Pastu time dia tengah bengang gila nak defend company dia punya future, I know I have to nod in agreement with what ever he is saying IF I want to save this interview-gone-bad. Then he stood up and started to draw bar graphs and pie charts, to help with his explanations. Hmm… I think I’ve pissed him off pretty good. I mean, who wouldn’t? When a mere student is dissing your own company, you have to defend it.

As I nod in agreement, I knew I fucked the interview up; why do I have to make the interviewer angry? Then at that point, I don’t care about the interview any more. I just wanna talk about hard disks with the Japanese interviewer. I complained that the hard disk sucks because it could break easily because of its moving parts, the reading speed is slow etc. What ever point that made me annoyed with the current hard disk technology, I brought it up, just to make my point about the failing future of the hard disk even stronger. I don’t care, if I fall down, at least I’d fall down with pride. Or perhaps that was just sheer arrogance and childishness. So we talked and talked. Eventually, the interview ended, 45 minutes, when it took 10 minutes for others.

When I’m finished, there were about 8-10 interviewees waiting at the back; I made them wait because I’ve been using more time than a normal interview would. When I walk out of the interview room, the Japanese interviewer went out also, to light a cigarette. Maybe he’s as tired as I am after our small talk. Then I remember him telling me: すごく良かった。後、日本語で説明出来て、良かった。

Is this guy for real? I just dissed his company, and he’s telling me it was good? This must be a trick or something. I don’t believe him, I’m sure to fail the interview.

One month has passed since that dreadful interview, and I was surprised that I was wrong.

Last week, I got an email from Konica-Minolta: I passed the first interview and were asked to attend the second interview this August! Aku kutuk syarikat tu time interview, dan aku lepas! Memang tak logic langsung. This must be a trick! Perodua punya interview, yg aku rasa ok sket, tak dengar apa2 berita plak.

Anyways, my job hunting is not over yet. Tomorrow, I’m going to Sendai (Miyagi Prefecture) to take SPI and IQ tests, as a part of an interview with this Japanese audio-visual and car navigational system company. Wish me luck, I need it.

Categories: Uncategorized
Tagged: , , , , , , , , ,

orang malaysia nih tak reti bahasa jepun !

May 30, 2008 · 3 Comments

Tadi Esyam ada citer pasal sorang prof jepun nih yg kutuk org mesia sebab penguasaan bahasa jepun kitaorg tak power. Sungguh menarik kutukan itu, sampai buat aku terfikir2 even dalam kelas. Aku terfikir, kalo la aku yg kena cakap mcam tu, mcam mana nak lawan balik, demi maruah org mesia? Kena la lawan kan, mana bole serah kalah mcam tu aje! So sebagai persediaan, aku ambik masa untuk fikir mcam mana nak jawab kutukan nih.

And this is what I came up with:

(aku tulis dalam bentuk percakapan, bukan writing)
そうですね!ダメですね!2年間も日本語の勉強をしているのに、なぜか日本語を上手に扱うことが出来ない!これはダメですね!
やはり、3ヶ国語を上手に喋れるようになるというのは、非常に難しいことであり、長い時間を取りながら、一生懸命にやらないと、日本語は上手にはならない。やはり、マレーシア人にはマレー語と英語しか出来ないのですかね。。。
僕@私が知っているマレーシア留学生に中で、もちろん日本語が上手な人もいます。でも、ほとんどは文系の学生です。理系の人で、日本語が上手なマレーシアの留学生は本当に数少ない。理系のマレーシアの留学生は頑張り足りないのでしょうか。。。
まあぁ。。。他の国の留学生に比べれば、少ししか差がないのですが、成人の日本人と比較してみれば、マレーシアの理系の留学生の日本語の能力はダメですね。。。だって、中学生のレベルの日本語しか喋れないんっすよ!
文系の留学生と同じように、理系の留学生も日本語だけではなく、国語の勉強もやらした方がいいかもしれません。
昼は専門の勉強で、夜は国語!遊び時間がなくなり、ストレスの貯まりやすい状況になるのですが、これは完璧な日本語能力を掴むために、これは仕方がないかもしれません。そうしたら、先生に「マレーシア人は日本語下手だな。。」と言われることもなくなるでしょう!

Mesti la, kalo aku kena kutuk mcam tu gak, mana boleh jawab mcam ni terus, on the spot. Tapi at least, skang aku dah ada sket buah2 idea yg bole dipakai untuk lawan balik, nanti kalo aku pon kena kutukan mcam tu jugak, at least dah practice sket. Bole la lawan sket2, tapi seperti yg korang bole baca, cara aku balas bukan dengan cara berkeras, tapi kita angkat and julang pendapat dia, dan buat mcam expectation dia terhadap ability seorg foreign tu untuk jadi power dalam Japanese, foolishly high. Foolishly fucking high. Dia kan prof, org yg pandai, so mesti dia bole faham nuance sarcasm dlm jawapan tu. Pastu kita kena yakin, memang expectation dia terlalu la tinggi; sedangkan diaorg pon tak reti English, tapi nak kutuk kita tak reti Japanese plak. Penguasaan bahasa asing nih bukan nya senang, lebih2 lagi kepada org 理系. Tak gitu? ;)

TAMAT.

Categories: Uncategorized
Tagged: , , , ,

diari hari ini

March 22, 2008 · Leave a Comment

Tengah hari tadi macam biasa la, pegi marudai cari bento. Mcam ni la kehidupan aku skang, hidup bergantung kepada bento aje, nak masak sendiri malas plak hehe. Masuk2 marudai, terus pegi bento corner, ambik shake (salmon) bento 398 yen, terus gi kaunter nak bayar.

Time tengah beratur tuh, aku tengok sekeliling; mata menjalar kearah kaunter2 lain, kiri kanan. Mak aih, customer lain sumer nya suri rumah tangga, sumer tengah shopping untuk masak malam la kot. Penuh satu shopping basket ngan ikan la, sayur la, buah-buahan la. さすが主婦!

Customer yg kat depan aku nih, punya la stylo berpakaian, ngan low-cut denim + mid-high heels; tapi dondong anak kat belakang mcam pikul beg skolah. Dia beli daging babi brapa pack ah, pastu tisu tandas, kubis pastu apa lagi ah.

Adoih bosan sungguh aku menunggu in-line masa time suri rumah ramai nih. Diaorg nih memang beli banyak gila. Time sampai giliran, aku ternampak plak kat corner depan pintu masuk tuh ada satu corner baru; jual sotong padat! Terus aku kagum: kat jepun pon ada jual gak ke sotong padat nih?! Terus aku keluar line, kaki melangkah laju aje ke corner yg mcam menarik tuh.

100 yen sebijik? Wah lai mahal nya! Tapi kalo tengok rupa, pastu aroma nya, memang sebijik mcam sotong padat kat mesia la. Cuma sotong yg diaorg pakai nih nampak lagi kembung. Ish ni tak leh jadi nih. Kena cuba try makan nih!!!

Dengan perasaan berdebar2 aku check ingredients yg terpampang kat promotion board tuh. Fuhh selamat! Takde pakai bahan2 halal! So apa lagi, terus aku ambik seketul, pastu terus gi beratur balik dalam line. Adoih kena tunggu lagi. Kali nih customer depan aku sorang makcik tua plak.

Tapi nasib baik sebab dia beli sos tiram ngan garam aje. Nampak gaya nya, makcik nih tgh masak kot, pastu baru sedar dia takde sos tiram ngan garam, so terus dia tergesa2 datang tanpa sedar yg dia tak tanggalkan lagi apron.

Urusan dah abis, terus menuju ke basikal. Wooh! Org yg parking beskal dia sebelah beskal aku letak anjing plak dalam raga. Kecik nak mampos anjing tuh, kalo aku sepak ngan kaki kiri pon bole terbang sampai Hulu Langat. Aku tarik basikal aku slow2, tak nak kejutkan anjing yg tengah tido. Geram nak sepak.

Balik2 bilik, terus letak sotong padat yg aku beli tadi atas cutting board. Belah dua. Cium bau. Hmm bau memang sebijik mcam mesia punya. Letak dalam mulut. !!!. Rasa pon sama siot! Cuma dia letak nasi jepun aje. Kalo yg mesia punya, letak pulut. Hmm… aku rasa version mesia lagi sedap kot, sebab rasa pulut tu lagi kuat.

Pastu aku buka monitor computer. Hmm drama LOST episode 7 dah siap download. So aku tgk la episode nih sambil makan bento. Gilak ah best gila episode kali nih! Memang tak sia2 aku download version HD punya. 1GB untuk satu episode tuh. LOST season 4 nih memang best. Aku rasa season yg paling best kot dlam banyak2 season dia selama nih.

Tiba2 dapat email drpd prof research lab. Waah dapat kerja plak! Kena siapkan sebelum 27hb nih. Hari ni 22hb… sempat kot buat. Kerja nya simple aje: Translate thesis yg foreign researcher buat, daripada English ke Japanese. Simple tapi memang memakan masa yg lama sebab nuance bahasa jepun ngan bahasa inggeris nih lain, so kena hati2 time translate. 面倒くせぇ!

Lepas abis tgk LOST, pasang Xbox 360 plak. Nak sambung main The Darkness. Tapi timbul satu masalah besar. Xbox aku kena penyakit The Ring of Death! Pastu freeze. Terus tak leh main !!! Arrghhh !!! Haish, nampak gaya nya… kena la aku beli PS3 hahahaha !!! Nanti beli la PS3 bila Grand Theft Auto 4 kuar. Tak sabar wooh. Xbox aku bole pegi mampos hahaha! Hmm… nanti ah anta kedai servis. Harap2 dia tak kena charge baiki. Siot tul la Microsoft, buat hardware asyik ada fault jeh. Software pon sama.

Sebab takleh main game, aku pasang movie plak. JUMPER. Mcam best aje. Trailer mcam best, so memang aku excited gila. Tapi malang sekali. Movie nih tak best gila. Cerita hancur. Lakonan lagi la teruk. Takde focus atau pon narration yg lurus. Progression diantara scene bercelaru. CGI ngan action scenes pon mediocre aje. Sungguh aku hampa.

Tup tap tup tap, dah pukul 9 malam. Dlm pkl 9:30, dak2 nih kumpul kat kaikan nak bawak kohai (junior) yg baru datang daripada mesia makan kat marumatsu. Kohai belanja, so kena la ikut hehehe. Perut aku masih kenyang lagi drpd makan bento tadi, so aku makan tempura soba aje. Simple. Terima kasih kohai2 yg baru datang; even though aku tak ingat lagi nama korang. Selamat Datang ke Akita.

Balik bilik, check email. Antara kandungan email2 aku yg menarik sket nak citer:

1) Awek Romania nih ejek aku ‘small penis’. Ces. Tapi aku tipu cakap yg aku ni org jepun time aku mula2 start email ngan dia. Memang patut la dia ejek aku mcam tu; org jepun nih besar mana la yeh…. Ntah2 dia pon tipu gak. Ntah2 dia bukan nya awek umur 24 tahun, tapi pakcik European tua kutuk berjanggut suka child pornography.

2) Mamat Nigeria, dia cakap dia umur 25 tahun, tegap, nice body pastu have a nice smile; dia cakap nak kawan. Hahahahahaha gila gay nak mampos! Cuak siot. Terus delete, ban and sayonara forever hahaha!

Abis check email pastu ngarut2 kat social networking sites, rasa nak buat assignment tadi plak. Tapi dah lewat nih. Baik aku tido. Tapi sebelum tido, tulis blog dulu hahaha. Start esok, bangun awal, pastu focus buat assignment. Okeh. Itu mission aku !

Fulamak! Post hari nih dalam bahasa ibunda ku! Feeweett!

Categories: Uncategorized
Tagged: , , , , , , , ,