tak ramai orang jepun yang tahu pasal malaysia.
tapi yang masih bagus nya ialah mereka ni ada sifat suka bertanya.
aku pula tidak penah jemu untuk menjawab soalan2 mereka, sedaya pengetahuan aku yang cetek ini.
tak kira la walau betapa bangang, jahil, bodoh, arrogant ignorant etc… pun isi soalan2 tersebut.
kerana dalam banyak2 soalan2 ringan yang ditanya, pasti muncul beberapa soalan yang memaksa aku untuk berfikir dengan lebih teliti agar tidak memberi jawapan salah yang boleh memberikan imej songsang dan tidak tepat terhadap malaysia.
contohnya soalan2 yang menyentuh isu2 perkauman, hak asasi manusia, kesamarataan dalam polisi kerajaan dan lain2.
aku sedar dan faham bahawa isu2 seperti yang disebut diatas cukup berat sekali, lebih2 lagi untuk negara seperti malaysia yang dihuni oleh manusia pelbagai kaum dan etnik, pelbagai kepercayaan agama dan budaya.
contoh soalan: macama mana la orang cina, orang india dll, bole wujud semangat nasionalisma dan patriotisma jika masih wujud polisi kerajaan yang terang2 mengutamakan sesetengah kaum sahaja?
ada juga soalan2 yang memaksa aku menghakis segala bentuk persepsi, stigma dan prejudis yang berlapik-lapik menghuni lapisan otak ku, hasil daripada pengaruh agama dan budaya ku selama ini. proses ‘pembersihan’ ini amat penting jika aku benar2 mahu menjawab soalan2 tersebut dengan jujur, ikhlas dan lebih penting, sedekat mungkin dengan kebenaran.
contoh soalan: kenapa undang2 malaysia tidak membenarkan seorang melayu muslim daripada menukar agamanya @ memilih untuk tidak terlibat dengan mana2 agama sekali pun? kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam islam hanyalah kata2 manis sahaja?
entah la pak ali, asalkan ko tak pening2 lalat duk pikir benda2 susah. kena ingat, bila tak tahu jawapannya, kena cakap tak tahu. tak boleh memandai-mandai!
namun aku tetap mahu cuba jawab apa sahaja soalan yang aku rasa aku mampu analisis dan beri jawapannya se’un-bias’ yang mungkin.
kerana proses pemikiran yang perlu aku lalui untuk menghasilkan jawapan tersebut, banyak mengajar aku tentang malaysia yang tidak pernah aku tahu @ ambil peduli selama ini.
memang betul kata cikgu sekolah aku dulu, mengajar orang nih akan menambah ilmu kita sendiri.
korang pula bagaimana? sanggup jawab soalan2 seperti diatas?