sesetengah student kat mesia yg google pasal blog student engineering malaysia yg tengah study kat jepun, akan sampai ke blog aku nih, dan sesetengah daripada student itu pernah mail kat aku supaya bercerita sikit pengalaman aku sebagai student engineering di jepun.
kebanyakan daripada mereka nih merupakan student2 yg baru masuk pusat persediaan di malaysia untuk melanjutkan pelajaran di kolej2 atau pon universiti jepun nanti, so bole dikatakan mereka nih junior2 aku la.
so sebagai senpai (senior) yg prihatin lagi baik hati, aku cuba nak jawab salah satu soalan yg agak popular dikalangan mereka:
//susah tak belajar engineering dalam bahasa jepun nih?//
jawapan pendek yg aku boleh bagi: mana ada benda senang dalam dunia ni beb!
aku ambik course mechanical engineering (機械工学 kot b jepun), so aku hanya bole bagi pendapat pasal course ni aje lah.
walaupon aku cakap belaja mechanical engineering kat jepun nih tak senang, aku tak rasa yg course nih susah gila pon. seriously aku rasa belajar mechanical engineering kat mesia lagi susah.
nak tau kenapa?
sebab course mechanical engineering kat mesia lagi banyak assignment, lagi banyak report experiment kena buat, pastu tak kira quiz lagi, lecturer yg haram jadah ntah paper, sibuk nak kerja part-time la… macam2 lagi.
course mechanical engineering kat jepun plak amatlah simple. assignment takde la banyak pon, experiment pon takde la susah2, quiz takde org buat, lecturer plak, kalo korang reti bodek, memang senang2 aje dia nak bagi lepas satu2 subject tuh.
memang la belajar engineering kot bahasa jepun ni susah, tapi bila ko dah diletakkan dalam satu tempat dimana bahasa itu la yg akan menyelamatkan ko, lama kelamaan akan jadi biasa la.
toksah risau sangat pasal bahasa, asal korang kuat berusaha, mesti ramai orang jepun yg akan tolong; tapi of course la kena buat kawan ngan org jepun dulu kan?
so pesanan aku kepada kohai2 (junior) di mesia, korang jgn risau sangat pasal bahasa. lama2 tu biasa la. yang paling penting nak survive sebagai student engineering kat jepun ni adalah semangat ganbaru – berusaha.
perkataan ganbaru itu sendiri memang dah jadi perkataan kegemaran org jepun. so untuk survive dalam enviroment jepun, korang pon kena banyak tiru gaya jepun.
kena gigih sket buat kerja, jgn sloppy, kalo bole buat kerja cepat2 tapi elakkan kesilapan…. benda2 mcam tu la. lagi penting adalah menepati masa. ni memang kena jaga gila kalo nak duk dalam komuniti kat sini.
eh… aku rasa mcam aku tercakap lebih2 plak… sebenarnya ada aje student mesia yg lambat, tak tepati masa, malas pastu asyik buat kesilapan aje, tapi bole survive gak duk kat jepun nih… aku la tu hahahaha.
anyways, walau macam mana pon, study pening2 kat sini, usaha kuat2 pon, salah satu element yg aku rasa memang penting gila untuk student kat jepun ialah tidak lain tidak bukan:
ENJOY !!!
seriously, duit dapat tak kan nak simpan kot? kena la enjoy untuk hilangkan stress sehari2. baru la bole perform sket dlm menghadapi ujian2 seterusnya!
sebagai penamat, sebagai student engineering jepun, aku rasa amat bertuah dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran kat sini. dulu time interview jpa, aku letak US sebagai first choice, UK sebagai second choice pastu Japan sebagai third choice; tapi aku sungguh berterima kasih kepada kegeniusan pegawai2 JPA yg bagi aku punya third choice, sebab aku rasa kalo aku pegi UK ke US ke untuk belajar engineering, aku tak rasa experience nya serupa mcam kat Jepun.
sebab jepun nih negara pelik.
*tapi sebenarnya, aku dapat Jepun sebab result SPM aku tak hebat mana. time tu, hanya top scorer aje yg diaorg bagi gi US ngan UK. yg result hampes mcam aku nih dia bagi pegi Jepun aje, negara yg tak ramai student engineering nak pegi. sebab nya? of course la sebab kat Jepun nih diaorg tak pakai ENGLISH.
*aku dulu ambik diploma dulu baru buat degree, dan aku rasa proses mcam ni lagi menarik sebab dapat rasa practical (diploma) ngan theory (degree) dalam engineering. so kira pendedahan tu lagi luas la sket, walaupon ambik masa yg lebih lama berbanding mereka yg buat degree from the start.
haa itu la sedikit cerita pasal being an engineering student kat jepun nih. tapi tu lah, mungkin korang rasa susah nak belajar engineering kat jepun, tapi aku dengar student engineering kat jerman lagi la susah. mengikut cerita memba aku yg belajar kat sana, memang jarang benar nak jumpa student malaysia yg tak perlu ulang setahun dua.
so bersyukur la ngan apa yg ada.
yg penting usaha gigih dan ikhlas. the rest tu kita serahkan pada yg Esa.
pastu gi karaoke jangan lupa


